KUALA NERUS: “Setiap kali saya jatuh saya akan bangkit. Ujian adalah guru paling tabah dan janji Allah kepada mereka yang berusaha tidak pernah sia-sia,” kata Nik Izzul Solihin Nik Masrol, 24, yang kini bergelar graduan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) selepas bertarung nyawa melawan penyakit kronik. Anak sulung daripada empat beradik itu menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan dan Pemakanan) dengan Kepujian pada Istiadat Konvokesyen UMT ke-23 selepas melalui…










