SEREMBAN: Seorang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini ditemukan maut di dalam bilik di rumah keluarganya di Jelebu kelmarin.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, kaunter aduan Balai Polis Kuala Klawang menerima panggilan daripada pegawai perubatan Hospital Jelebu mengenai insiden membabitkan mangsa iaitu perempuan berusia 17 tahun kira-kira pukul 11.50 malam.
“Siasatan awal polis mendapati mangsa telah dijumpai dalam keadaan tergantung di dinding dalam bilik pertama rumah teres setingkat. Rumah tersebut adalah rumah kediaman keluarga dan si matl telah mengunci pintu bilik dari dalam.
“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas tubuh badan si matl tidak menjumpai sebarang kesan pergelutan (defensive wound) atau perlakuan jenayah.
“Selain itu, tidak terkesan sebarang kesan geledah atau barang-barang peribadi milik simati hilang,” katanya kepada pemberita.
Ujar Alzafny lagi, bedah siasat telah dijalankan semalam dan mendapati kematian adalah disebabkan (hanging) gantung diri.
Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan pihak polis menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih.-UTUSAN.