BAGAN SERAI: Jumlah mangsa banjir di seluruh Perak menunjukkan trend penurunan apabila 2,888 orang daripada 971 keluarga masih berlindung di 29 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 pagi semalam, berbanding 2,896 mangsa kelmarin. Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak, sebuah PPS baharu dibuka awal pagi semalam di Dewan Bandar Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) bagi menempatkan 21 mangsa daripada empat keluarga yang kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran…










