AS pecat pegawai bercinta dengan perisik China

AS pecat pegawai bercinta dengan perisik China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Donald Trump, memecat seorang pegawai Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), selepas didapati gagal mendedahkan hubungan romantik dengan wanita warganegara China.

Jurucakap Jabatan Negara, Tommy Pigott berkata, pegawai Perkhidmatan Luar itu secara rasmi diberhentikan selepas mengaku menyembunyikan hubungan tersebut.

Pigott mendakwa, wanita terbabit diketahui mempunyai kaitan dengan Parti Komunis China.

Jabatan itu berkata, pegawai berkenaan, yang tidak didedahkan identitinya, mengaku wanita China tersebut ‘mungkin seorang perisik’, namun tiada bukti kukuh mengenai kegiatan pengintipan dikemukakan.

Menurut Jabatan Negara AS, pegawai itu memberitahu bapa kepada teman wanitanya itu adalah ahli parti komunis.

Parti Komunis China mempengaruhi pelbagai aspek kehidupan lebih satu bilion penduduk negara itu, daripada perniagaan hingga pendidikan, dengan ramai rakyat China mengekalkan hubungan dengan parti tersebut atas faktor praktikal selain ideologi.

Jabatan Negara berkata, pemecatan itu adalah yang pertama dilakukan di bawah perintah eksekutif yang ditandatangani oleh Trump sejurus kembali memegang jawatan, mengarahkan semua kakitangan melaksanakan dasar presiden dengan penuh taat setia.

“Kami akan mengekalkan dasar toleransi sifar terhadap mana-mana kakitangan yang didapati menjejaskan keselamatan negara,” kata Pigott.

Awal tahun ini, AS turut mengumumkan sekatan terhadap kakitangannya yang bertugas di China daripada menjalinkan hubungan romantik dengan penduduk tempatan.- AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN