Akta Pembaharuan Bandar elak salah guna, manipulasi projek

Akta Pembaharuan Bandar elak salah guna, manipulasi projek

FADILLAH Yusof merasmikan Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia, Kongres Perancangan Kebangsaan dan MyCITY Expo 2025 di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Akta Pembaharuan Bandar (PSB) penting bagi memberi kuasa kepada kerajaan untuk masuk campur, membantu serta memudah cara pelaksanaan dasar dan projek pembaharuan semula bandar.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, pihaknya mengakui akta sedia ada yang diguna pakai iaitu peruntukan pengambilan tanah terdedah kepada pelbagai penyalahgunaan serta manipulasi.

“Tanpa akta tersebut, tangan saya terikat dan kerajaan juga tidak mempunyai kuasa mencukupi untuk bertindak.

“Rang Undang-Undang (RUU) PSB yang akan dibentangkan kelak penting bagi memastikan mereka yang tinggal di kawasan bandar khususnya dalam kalangan penduduk B40 tidak tercicir dan tidak terpinggir,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Tahun 2025, Kongres Perancangan Kebangsaan dan MyCity Expo 2025 di sini, hari ini.

Kor Ming berkata, pembaharuan semula bandar ini sangat penting bagi memastikan golongan yang kurang berkemampuan, yang tinggal di kawasan flat usang atau perumahan lama, tidak terus tertinggal.

“Kita berazam untuk mendengar dan meneliti langkah-langkah penambahbaikan serta bersedia melakukan pemindahan input kepada Draf Pelan Struktur Baharu (PSB),” katanya.

Katanya, sepanjang empat hari kongres ini, pihaknya akan mendengar pandangan dan suara daripada badan-badan profesional, badan bukan kerajaan (NGO) serta wakil penduduk, agar segala penambahbaikan dapat disesuaikan secara praktikal dan memberi manfaat menyeluruh.

Dalam pada itu, katanya, beliau akui masih ada suara-suara sumbang yang cuba mempolitikkan isu ini yang sebenarnya bersifat suci dan murni iaitu usaha untuk membantu rakyat dan memperbaharui perancangan bandar negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN