8 rumah rosak dilanda ribut di Raub - Utusan Malaysia

8 rumah rosak dilanda ribut di Raub

SEBUAH kediaman penduduk terjejas teruk di bahagian bumbung akibat kejadian ribut yang melanda beberapa kawasan di Raub, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB: Lapan buah rumah di sekitar Kampung Melayu Sempalit, Taman Amalina Lestari dan kawasan belakang Thong Fatt, Jalan Lipis di sini mengalami kerosakan akibat dilanda ribut petang tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Raub, Kapten (PA) Samasuddin Kambade berkata, kejadian berlaku sekitar pukul 3 petang apabila angin kencang disertai hujan lebat melanda beberapa kawasan di daerah berkenaan.

“Ribut tersebut menyebabkan beberapa rumah penduduk mengalami kerosakan pada bahagian bumbung hadapan, bilik tidur serta dapur. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya di sini hari ini.

Samasuddin berkata, susulan kejadian itu, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Raub segera digerakkan ke lokasi bagi menjalankan tinjauan dan membantu mangsa yang terjejas.

“Pasukan APM turut menyerahkan kit makanan asas kepada mangsa serta menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan terlibat.

“Setakat ini, tiada pusat pemindahan sementara dibuka. Bantuan lanjut akan disalurkan oleh agensi berkaitan mengikut keperluan semasa,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN