PUTRAJAYA: Memuktamadkan Rang Undang-Undang (RUU) Pendidikan (Pindaan) 2025 bertujuan mewajibkan pendidikan menengah adalah antara langkah signifikan yang diambil Kementerian Pendidikan (KPM) bagimenambah baik kualiti pendidikan negara. KPM dalam satu kenyataan semalam berkata, RUU tersebut antara lain bertujuan menangani masalah keciciran sekali gus meningkatkan kesaksamaan akses pendidikan untuk semua murid. “Ia adalah satu langkah signifikan demi masa hadapan anak-anak Malaysia yang lebih baik. “Reformasi pendidikan yang sedang berjalan akan terus diperkukuhkan…










