GEORGE TOWN: Kerajaan akan memperluas sesi libat urus khas melalui program townhall bersama pelajar sekolah rendah, menengah serta mahasiswa universiti bagi mendengar pandangan mereka dalam proses penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Tribunal Anti-Buli. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, langkah itu penting kerana isu buli memberi kesan besar kepada semua peringkat usia, khususnya kanak-kanak dan remaja. “Ini mungkin kali pertama sesi townhall…