Tindakan roboh pangkalan haram di Sungai Golok tepat-PDRM - Utusan Malaysia

Tindakan roboh pangkalan haram di Sungai Golok tepat-PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan tindakan merobohkan pangkalan haram di Sungai Golok sebagai tepat dalam usaha membendung penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, ia lebih berkesan apabila usaha itu mendapat kerjasama daripada semua agensi berkaitan.

“Sekarang ini pun kita lihat penguatkuasaan yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kelantan begitu bagus dan sempurna. Banyak isu dapat diselesaikan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Pegawai Awam PDRM Ke-17 Sempena Peringatan Hari Polis Ke-218 di sini hari ini.

Hadir sama Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Dr. Adnan Mat Dian.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, kerajaan Negeri Kelantan meluluskan dan memberi kebenaran kepada polis untuk merobohkan sebanyak 128 pangkalan haram di Sungai Golok terutama di kawasan Pengkalan Kubor, di sini dan Rantau Panjang.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, pihaknya sudah menerima surat kebenaran untuk merobohkan semua pangkalan haram di kawasan sepanjang 45 kilometer itu secara berperingkat.

Katanya, sehubungan itu, kerja-kerja merobohkan pangkalan haram itu berkemungkinan dijalankan dalam masa terdekat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN