NAKHON SI TAMMARAT, THAILAND: Pihak berkuasa melalui Polis Peronda Sempadan mematahkan cubaan menyeludup 4.6 juta pil kuda ke Malaysia selepas merampas dadah bernilai RM6.5 juta di Daerah Chulabhorn di sini, Ahad lalu. Rampasan pada pukul 12.30 tengah malam itu dilakukan selepas anggota bertugas menahan sebuah kereta yang dipandu dalam keadaan mencurigakan. Jurucakap Lembaga Kawalan Narkotik Wilayah 8, berkata, pemeriksaan lanjut ke atas kereta itu menjumpai 600,000 pil kuda dan pemandu…