TAIPEI: Kerajaan Taiwan mengumumkan langkah terbaharu bagi menangani kadar kelahiran rendah dengan memperkenalkan skim subsidi untuk menggalakkan pasangan menambah bilangan anak. Kabinet Taiwan kelmarin meluluskan pembayaran tunai standard kepada setiap keluarga yang menerima cahaya mata serta menanggung sebahagian besar kos rawatan kesuburan, lapor Focus Taiwan. Di bawah pelan baharu itu, setiap keluarga akan menerima bayaran tunai AS$3,320 (RM13,970) bagi setiap kelahiran, manakala pasangan yang menimang cahaya mata kembar layak menerima…