KANGAR: Majlis Perbandaran Kangar (MPK) menerima anugerah penghargaan khas sempena Majlis Makan Malam Waste Management Association of Malaysia (WMAM) 20th Anniversary Annual Conference 2025 di Hotel Royal Chulan.
Anugerah tersebut telah disampaikan kepada Yang Dipertua MPK, Affendi Rajini Kanth.
MPK telah dipilih untuk menerima anugerah tersebut sebagai pengiktirafan atas penglibatan dan sumbangan aktif pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dalam bidang pengurusan alam sekitar.
Majlis penganugerahan itu dianjurkan oleh WMAM sebagai menghargai usaha dan komitmen PBT serta organisasi dalam memperkukuh kelestarian alam sekitar di negara ini.
“Anugerah ini atas inisiatif MPK menjaga, mengurus dan memulihara kelestarian alam.
“Pelbagai inisiatif diambil dalam menguruskan sisa buangan dengan lebih tersesun dan strategik,” kata Affendi Rajini-UTUSAN