Semangat Pendekar Madani perlu bermula di sekolah – PM

Semangat Pendekar Madani perlu bermula di sekolah – PM

ANWAR Ibrahim (tengah) beramah mesra dengan orang ramai dan para pesilat semasa menyertai Himpunan Pendekar Madani di Politeknik Seberang Perai (PSP), Pulau Pinang, semalam. – UTUSAN/DANIAL SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Perdana Men­teri mahu semangat Pendekar Madani dihidupkan serta didukung oleh generasi muda bermula di bangku sekolah.

Datuk Seri Anwar Ibrahim ber­kata, beliau mahu kegiatan ter­sebut ditubuhkan di sekolah-sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT) termasuk politeknik serta institut pendidikan guru (IPG).

“Kita menghidupkan sema­ngat yang sudah berjalan dan saya percaya, Menteri Pendi­dikan (Fadhlina Sidek) akan ge­rakkan kegiatan ini (di pe­ringkat sekolah).

“Pendekar Madani, masing-masing kalau ikut persatuan (seni silat) tak ada masalah bagi saya. Tetapi, kena ada satu saluran utama.

“Kita adalah satu. Satu bangsa, satu budaya dan seni mempertahankan diri ini bukan untuk bermegah. Bukan untuk angkuh. Bukan juga untuk sombong. Te­tapi, ia untuk melatih anak-anak bangsa kita dan kita akan pastikan semua sekolah-sekolah kita mendukung semangat Pendekar Madani ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pa­da Himpunan Pendekar Ma­dani yang dihadiri oleh kira-kira 10,000 pesilat dari seluruh negara di Politeknik Seberang Perai (PSP) di sini, semalam.

Pada majlis sama, Anwar turut ditabalkan sebagai Imam Khalifah Agong ‘Sri Tri Buana Simanjakini Gangga Chula Sakti’ oleh Datuk Dr. Raja Abdul Majid Raja Mat Isa yang mewakili Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia.

Anwar turut meminta ge­rak kerja berhubung kegiatan Pendekar Madani disegerakan pada tahun ini.

Untuk tujuan itu, beliau meluluskan peruntukan RM2 juta sebagai permulaan bagi tujuan menggerak serta menyelaras aktiviti berkenaan kepada semua pertubuhan silat di negara ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×