KOTA KINABALU: Saksi kedua kanak-kanak dalam inkues kematian pelajar tingkatan satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir mengesahkan terdapat unsur buli di Asrama Qurratu ‘Ayun, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan, Papar, Sabah. Asrama tersebut mempunyai dua blok kediaman pelajar perempuan iaitu Blok A, Rabiatul Adawiyah yang merupakan blok kediaman Zara Qairina dan lokasi remaja terbabit ditemukan tidak sedarkan diri pada 16 Julai lalu dan Blok B, Sumayyah. Perkara…