KOTA TINGGI: Rang Undang-Undang Tribunal Antibuli dijangka dibentangkan ke Parlimen pada Oktober ini selepas mendapat persetujuan Kabinet. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, oleh itu beliau berharap sesi penerangan berkenaan RUU itu akan dapat diselesaikan pada bulan ini. “Kita harap bulan sembilan ini kita boleh selesaikan roadshow yang kita hendak buat dan harap boleh mendapat keputusan Kabinet pada hujung September ataupun…