GAZA: Operasi ketenteraan semakin agresif di Gaza City apabila tentera Israel melancarkan serangan darat dari dua arah, menyebabkan penduduk terperangkap di tengah kawasan konflik itu. Jurucakap tentera Israel, Nadav Shoshani memberitahu Reuters, pasukan infantri, kereta kebal dan artileri sedang bergerak masuk ke kawasan bandar, dengan sokongan serangan udara bagi meningkatkan tekanan terhadap Hamas. Wartawan Al Jazeera, Hani Mahmoud melaporkan, tentera Israel mara dari arah barat laut dan tenggara, mengepung penduduk…