WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendakwa perang Russia-Ukraine boleh berakhir sekiranya Eropah memperketat tekanan kewangan terhadap China. Trump berkata, jika Eropah mengambil tindakan ekonomi, sama ada dalam bentuk sekatan atau tarif, langkah itu mungkin mampu memaksa perang berakhir. “Jika mereka mengenakan sekatan, sebagai contoh atau tarif, atau apa sahaja yang anda mahu, jika melakukannya ke atas China, saya fikir perang itu mungkin berakhir. “China merupakan pembeli minyak terbesar…