BANGKOK: Sebuah zoo di Thailand menutup sementara zon pemangsa selepas seorang penjaga zoo maut dibaham singa, sekali gus mencetuskan semula perhatian terhadap cara pengendalian haiwan di taman berkenaan. Dalam kejadian pada Rabu lalu, Jian Rangkarassamee, 58, yang berkhidmat sebagai penjaga zoo sejak sekian lama, maut selepas diserang sekumpulan singa ketika keluar dari kenderaannya. Bedah siasat mendapati mangsa mengalami banyak koyakan dalaman, patah leher serta arteri pecah akibat serangan itu. Safari…