KUALA TERENGGANU: Tindakan seorang pempengaruh media sosial untuk menghasilkan kandungan unik di atas platform terapung membawa padah apabila dia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu dalam satu operasi berhampiran Pulau Bidong, dekat sini petang kelmarin. Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Hamiludin Che Awang berkata, dua buah bot bersama platform terbabit dikesan sekitar pukul 6 petang pada jarak kira-kira 16 batu nautika barat laut Kuala Terengganu. “Hasil pemeriksaan mendapati…