DOHA: Negara-negara Islam perlu mewujudkan pakatan ketenteraan bersama dalam menghadapi ancaman berterusan daripada Israel termasuk serangan terbaharunya ke atas ibu negara Qatar. Walaupun perkara itu gagal dicapai dalam Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam di sini yang berakhir kelmarin, tetapi ia akan dipanjangkan ke mesyuarat Majlis Kerjasama Teluk (GCC) untuk mengaktifkan mekanisme pertahanan bersama. Keperluan untuk mewujudkan kerjasama ketenteraan dalam kalangan negara-negara Islam sebelum ini telah dibangkitkan oleh Perdana Menteri Iraq, Mohammed…











