Muhibah Aset Berhad lantik Mohd. Nazrul Izad sebagai Pengerusi Eksekutif - Utusan Malaysia

Muhibah Aset Berhad lantik Mohd. Nazrul Izad sebagai Pengerusi Eksekutif

MOHD. NAZRUL IZAD MOHD. ARSAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Muhibah Aset Berhad, sebuah syarikat pemaju hartanah yang aktif dalam pembangunan hartanah komersial dan perumahan rakyat, mengumumkan pelantikan Datuk Seri Mohd. Nazrul Izad Mohd. Arsad sebagai Pengerusi Eksekutif berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan itu dibuat selepas mengambil kira pengalaman luas Mohd. Nazrul Izad dalam dunia perniagaan, khususnya dalam sektor hartanah yang sudah ceburi selama lebih 27 tahun.

Sepanjang tempoh tersebut, beliau menempuh pelbagai cabaran dan ujian yang membentuk ketahanan serta kepimpinan strategiknya.

Pengarah Komunikasi Kumpulan Muhibah Aset Berhad, Ahmad Mazhar Abd. Aziz berkata, Mohd. Nazrul Izad bukan sahaja memiliki rekod pencapaian yang kukuh, malah dikenali sebagai tokoh yang berani mengambil risiko dan sentiasa mencari peluang baharu dalam pasaran hartanah yang kompetitif.

“Beliau sudah melalui pahit maung dunia perniagaan dan tetap teguh memperjuangkan visi pembangunan yang inklusif dan mampan. Kami percaya kepimpinan beliau akan membawa Muhibah Aset ke tahap yang lebih tinggi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Muhibah Aset kini sedang merancang beberapa projek strategik yang dijangka memberi impak besar kepada pembangunan komuniti setempat, termasuk inisiatif perumahan mampu milik dan pembangunan semula kawasan bandar yang terpinggir.

Pelantikan Mohd. Nazrul Izad juga dilihat sebagai langkah awal ke arah penyenaraian syarikat di Bursa Malaysia, satu matlamat jangka sederhana yang diyakini mampu dicapai dengan kepimpinan baharu yang berwawasan dan berpengaruh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN