PUTRAJAYA: Semua menteri tidak dibenarkan keluar negara buat sementara berkuat kuasa serta-merta. Arahan itu dikeluarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada mesyuarat Kabinet, semalam. Bagaimanapun, jurucakap kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, mesyuarat-mesyuarat berjadual ataupun perkara-perkara yang telah diberi pertimbangan khusus oleh Jemaah Menteri boleh diteruskan. “Ini adalah bagi memastikan menteri-menteri memberi fokus dan keutamaan kepada pelaksanaan beberapa program dan juga persiapan menuju Belanjawan 2026 pada 10 Oktober ini. “Arahan…