BANGKOK: Sebahagian jalan di daerah Dusit berhampiran Sungai Chao Phraya di Thailand runtuh pada pada Rabu, menyebabkan kemudahan berdekatan rosak serta menimbulkan risiko kepada pengguna jalan raya. Dalam kejadian pada pukul 7 pagi waktu tempatan, polis trafik melaporkan permukaan jalan di hadapan Hospital Vajira sepanjang Jalan Samsen runtuh sehingga menyebabkan paip air pecah. Pihak berkuasa menutup laluan trafik untuk membolehkan kerja pembaikan segera dijalankan. Pihak berkuasa daerah mengumumkan penutupan segera…











