KEPALA BATAS: Media arus perdana termasuk agensi akhbar masih berperanan sebagai sumber berautoriti dalam penyebaran berita dan maklumat bertepatan dengan aspirasi dan dasar-dasar kerajaan. Sehubungan itu, unit komunikasi korporat atau strategik setiap unit, jabatan dalam kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan anak syarikat bertanggungjawab mewujudkan keseimbangan melalui hubungan dengan agensi-agensi akhbar. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, agensi media dan kerajaan negeri memerlukan kombinasi persefahaman dalam suasana penyebaran…