KOTA TINGGI: Kumpulan Pendidikan YPJ (KPYPJ) menyasarkan kebolehpasaran graduan lulusannya meningkat melebihi 90 peratus dalam tempoh tiga tahun akan datang. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Fahmi Salam berkata, sasaran itu mampu dicapai berbanding 85 peratus pada masa ini dengan pelbagai usaha yang dilaksanakan. Usaha tersebut antaranya dengan sentiasa menambah baik kursus atau program yang ditawarkan seiring dengan kehendak semasa industri dan mendapat akreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). “Selain itu, KPYPJ…