GENEVA: Kerajaan Korea Utara semakin kerap melaksanakan hukuman mati, termasuk terhadap individu yang ditangkap kerana menonton dan berkongsi filem serta drama televisyen dari luar negara. Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kerajaan diktator itu juga menempatkan rakyatnya dalam buruh paksa, selain terus mengehadkan kebebasan mereka. Pejabat Hak Asasi Manusia PBB mendapati kawalan ke atas semua aspek kehidupan warganya semakin diketatkan sepanjang dekad lalu, dengan pengawasan lebih meluas hasil kemajuan teknologi. “Tiada…