TELUK INTAN: Kerja-kerja membersihkan saliran air termasuk anak sungai giat dijalankan di Kampung Bahagia di sini bagi mengelakkan kejadian banjir berulang terutama ketika musim tengkujuh dan fenomena air pasang besar. Tinjauan di Sungai Kerawai berhampiran Kampung Bahagia mendapati kerja-kerja pembersihan dilakukan menggunakan jentera berat oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), susulan kawasan itu pernah dilanda banjir sebelum ini. Penduduk yang ditemui berasa lega dengan tindakan proaktif pihak berkuasa dalam menangani…