KUALA LUMPUR: Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin menasihatkan anak saudaranya, Amad Dayyan agar dan tidak terlalu selesa dengan pencapaiannya pada minggu ke-6 program Talk To My Manager, semalam.
Malah penyanyi tersohor itu mengingatkan Amad agar meningkatkan usaha menjelang konsert akhir program itu yang bakal berlangsung Ahad ini
“Alhamdulillah, tahniah Amad. Belajar dari kesilapan dan jangan terlalu selesa.
“Walaupun nyanyian Amad bagus, persembahan pentas adalah tarikan untuk setiap persembahan yang hebat.
“Kena usaha lebih lagi untuk final,” tulisnya di Instastory.
Amad pada konsert semalam, selesa di kedudukan ketiga selepas berkongsi pentas dengaan ibunya, Siti Sairah membawakan lagu Apokalip yang dipopularkan Datuk M. Nasir.
Siti dalam masa yang sama turut berterima kasih kepada pihak juri program tersebut yang memberi teguran kepada Amad.
“Terima kasih semua juri yang menegur dan guru yang mengajar,” tulisnya. – UTUSAN