CHERAS: Penyakit paru-paru berparut atau fibrosis paru-paru sering dianggap remeh oleh masyarakat kerana simptom awalnya seperti batuk hanya dipandang ringan. Pakar Perubatan Respiratori di Institut Perubatan Respiratori Kuala Lumpur, Dr. Syazatul Syakirin Sirol Aflah berkata, penyakit yang boleh membawa maut jika tidak mendapat rawatan awal ini sukar dikesan pada peringkat awal kerana ramai pesakit tidak menyedari simptom sebenar. Keadaan ini, katanya, boleh menjadi serius sehingga pesakit mengalami kesukaran bernafas dan…