LISBON: Ratusan anggota bomba dikerahkan untuk memadam kebakaran hutan baharu di Portugal dan Sepanyol semalam, selepas rantau itu dilanda musim panas yang menyaksikan kebakaran dahsyat. Kebakaran terbesar berlaku di Seia, tengah Portugal, di mana 600 anggota bomba dikerahkan memadam api yang marak akibat angin kencang, memaksa beberapa jalan ditutup, kata agensi perlindungan awam. Agensi berita Lusa yang memetik jurucakap agensi itu melaporkan, keutamaan adalah untuk melindungi kediaman. Polis berkata, pihaknya…