Karnival Sepakan Penalti YB Senator Azahar Hassan meriah - Utusan Malaysia

Karnival Sepakan Penalti YB Senator Azahar Hassan meriah

KARNIVAL Sepakan Penalti Hari Malaysia bagi merebut Piala YB Senator Azahar Hassan di padang Majlis Perbandaran Kangar (MPK) berlangsung meriah dengan penyertaan lebih 80 pasukan dari seluruh negara.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Karnival Sepakan Penalti Hari Malaysia bagi merebut Piala YB Senator Azahar Hassan di padang Majlis Perbandaran Kangar (MPK) berlangsung meriah dengan penyertaan lebih 80 pasukan dari seluruh negara.

Selain pertandingan sepakan penalti yang berlangsung sengit, turut diadakan kenduri rakyat yang dihadiri lebih 1,500 pengunjung.

Pemenang kejohanan berkenaan juga bakal menerima hadiah wang tunai cukup lumayan iaitu RM3,000 bagi tempat pertama, naib johan menerima RM1,500, tempat ketiga (RM700) manakala tempat keempat menerima wang tunai RM500.

Bagi tempat kelima sehingga kelapan, masing-masing menerima wang tunai RM150.

Azahar berkata, melihat kepada sambutan cukup hebat itu, kejohanan tersebut akan diadakan lagi pada masa hadapan dengan skala lebih besar.

“Pasukan yang bertanding bukan sahaja dari negeri ini, malah melibatkan pasukan yang datang dari seluruh negara. Kejohanan tersebut berlangsung cukup meriah dan sengit.

“Setiap pasukan mempamerkan kemahiran bagi menyempurkan sepakan penalti tersebut.

“Terima kasih juga diucapkan kepada penaja utama kami iaitu Dr. Love yang juga menyediakan hadiah cabutan bertuah bernilai RM15,000.

“Ia merangkumi barangan elektrik seperti televisyen, mesin basuh dan pelbagai lagi,” katanya di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan negeri, Abu Bakar Hamzah dan Ahli Parlimen Kangar, Zakri Hassan.

Terdahulu pada semalam, turut berlangsung perlawanan bola sepak persahabatan antara pasukan Legend SKPBU dari 1992 dan VVIP Perlis di padang MPK di sini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN