JIM Kelantan tahan 11 PATI di Pasir Puteh - Utusan Malaysia

JIM Kelantan tahan 11 PATI di Pasir Puteh

SEBAHAGIAN PATI Myanmar yang berjaya ditahan JIM Kelantan menerusi Op Sapu di Selising, Pasir Puteh, Kelantan semalam.-IHSAN JIM KELANTAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menahan 11 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi Op Sapu selama dua hari yang berakhir semalam di sekitar Selising di sini.

Menurut jurucakap JIM Kelantan kesemua mereka ditahan hasil maklumat risikan yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasa.

“Kesemua mereka sudah dibawa ke Depot Imigresen Tanah Merah untuk siasatan lanjut.

“Semakan menjadi kesemua PATI itu disyaki dengan munasabah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) dan Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Jurucakap JIM Kelantan memberitahu, menggesa supaya orang ramai tampil menyalurkan maklumat tentang PATI atau aktiviti warga asing yang menyalahi undang-undang.

Katanya, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mendalangi, memudahcara dan bersubahat dalam melindungi PATI.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN