JAKARTA: Indonesia dijangka mengalami musim hujan dengan tempoh puncak yang lebih panjang berbanding kebiasaan tahun ini, sekali gus meningkatkan risiko banjir dan hujan lebat di banyak kawasan. Ketua Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), Dwikorita Karnawati berkata, musim hujan di Indonesia bermula bulan ini dan dijangka berakhir pada April 2026. Beliau menjelaskan, puncak musim hujan di Sumatera dan Kalimantan dijangka berlaku pada November hingga Disember tahun ini, manakala di Jawa,…