JAKARTA: Jakarta akan kekal sebagai ibu negara Indonesia walaupun Presiden Prabowo Subianto meneruskan rancangan untuk memindahkan pusat politik negara ke Nusantara di Kalimantan Timur menjelang 2028. Peralihan itu dimeterai melalui Peraturan Presiden No. 79 Tahun 2025, yang mengemas kini rancangan kerja kerajaan dan menetapkan Nusantara sebagai ‘pusat politik’ Indonesia. Gabenor Jakarta, Pramono Anung pada Rabu berkata, istilah tersebut menandakan pemindahan berperingkat, dengan cabang eksekutif, legislatif dan kehakiman dijangka berpindah ke…