KANGAR: Ibarat pesta dan ‘perayaan’ bagi penduduk di Kuala Perlis di sini yang meraikan penganjuran Pesta Air Antarabangsa Kuala Perlis 2025 yang turut dibanjiri puluhan ribu pengunjung dari dalam luar negara. Orang ramai yang mengambil kesempatan bersempena cuti hujung minggu dan Hari Malaysia hadir menyaksikan pesta tradisi Kuala Perlis itu. Mereka juga cukup teruja menyaksikan para peserta dari 15 buah perkampungan nelayan Kuala Perlis berlumba dalam pertandingan perahu panjang atau…