Guru didakwa cabul murid di Pekan: Kertas siasatan diserah kepada DPP - Utusan Malaysia

Guru didakwa cabul murid di Pekan: Kertas siasatan diserah kepada DPP

YAHAYA Othman (tengah) meninjau inisiatif Budi Madani RON95 (BUDI95) di sebuah stesen minyak di Jalan Bukit Ubi di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Polis sudah menyerahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) bagi tindakan lanjut berhubung kes seorang guru sekolah rendah di Pekan, dekat sini yang didakwa mencabul dan melakukan amang seksual terhadap murid lelakinya.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kertas siasatan itu diserahkan kepada pejabat DPP pagi tadi selepas siasatan terhadap kes berkenaan selesai dijalankan.

“Polis sudah mengambil keterangan beberapa saksi berkaitan kejadian tersebut dan kini menunggu arahan selanjutnya daripada pihak pendakwaan. Jika perlu dikemaskini, kita akan patuh,” katanya ketika ditemui selepas meninjau inisiatif Budi Madani RON95 (BUDI95) di sebuah stesen minyak di Jalan Bukit Ubi di sini hari ini.

Yahaya dalam masa sama menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau tuduhan tidak berasas, sebaliknya membiarkan pihak berkuasa menjalankan siasatan.

Suspek berusia 45 tahun itu ditahan pada 13 September lalu selepas seorang murid lelaki berusia 11 tahun mendakwa dicabul oleh guru pengiring ketika menyertai persembahan kebudayaan di Pekan.

Guru itu dibebaskan dengan jaminan polis pada 20 September dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 dan seksyen 377E Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN