JAKARTA: Gunung Lewotobi Laki-Laki di Pulau Flores meletus beberapa kali sejak malam Jumaat, memuntahkan abu setinggi enam kilometer ke udara. Pihak berkuasa menaikkan tahap amaran ke paras tertinggi, sekali gus menyebabkan sebuah lapangan terbang tempatan menggantungkan operasinya semalam. Gunung berapi berkembar setinggi 1,584 meter di Pulau Flores itu meletus beberapa kali pada malam Jumaat, dengan letusan terbesar direkodkan pada pukul 10.46 malam waktu tempatan. Menurut agensi vulkanologi Indonesia, aktiviti gunung…