JAKARTA: Gempa bumi cetek dengan magnitud 6.1 melanda wilayah Papua Tengah, Indonesia, awal hari ini, lapor Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS). Gegaran berpusat kira-kira 28 kilometer (km) di selatan bandar Nabire, di bahagian Indonesia di pulau besar Pasifik yang dikongsi dengan Papua New Guinea. USGS melaporkan gempa itu pada kedalaman 10 km, manakala agensi meteorologi Indonesia (BMKG) mencatatkan magnitud lebih tinggi, 6.6 dengan kedalaman 24 km, serta beberapa gempa susulan…