Dulu penganggur, kini petani anggur

Dulu penganggur, kini petani anggur

SITI Noreha Zukapli bersama suaminya Arun menunjukkan tanaman anggur yang diusahakan mereka di halaman rumahdi Sedili Kecil, Kota Tinggi, Johor. – UTUSAN/MASTURAH SURADI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Seloroh seorang isteri kepada suaminya yang sebelum ini menganggur supaya mencuba mengusahakan tanaman anggur akhirnya menjadi kenyataan.

Siti Noreha Zulkapli, 32, dan suaminya, Arun Samandaewa, 35, berjaya menjadi petani anggur di halaman rumah mereka di Sedili Kecil di sini.

Kata Siti Noreha, walaupun ditanam di kawasan panas dan berhampiran laut, tanaman anggur yang diusahakan mereka tetap menghasilkan buah yang segar, manis dan rangup.

Katanya, semua bermula selepas suaminya kehilangan pekerjaan ketika pandemik Co­vid-19 melanda negara.

“Suami saya menganggur, jadi terdetiklah idea ‘penganggur tanam anggur’. Kami tiada pengalaman, belajar pun melalui YouTube. Alhamdulillah, ternyata anggur boleh hidup di kawasan panas,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Berbekalkan modal kira-kira RM3,000, pasangan itu kini menanam 12 varieti anggur termasuk Shine Muscat, Baikonur, Wies dan Julian.

Arun berkata, rahsia tanaman mereka subur adalah pemilihan varieti sesuai selain penggunaan sistem fertigasi moden.

Namun, cabaran utama adalah hujan kerana pokok anggur mudah dijangkiti penyakit kulat jika terlalu banyak terkena air.

“Sebab itu kami bina bumbung atau rumah lindungan untuk elak­kan pokok rosak. Bezanya, kalau di luar negara anggur hanya berbuah sekali setahun, tetapi di Malaysia ada varieti boleh berbuah dua kali setahun,” katanya.

Kata Siti Noreha, mereka bercadang untuk mengembangkan tanaman anggur secara serius pada masa depan.

“Buat masa ini, hasil anggur belum dipasarkan secara komersial sebaliknya hanya dinikmati bersama keluarga dan diberikan kepada tetamu. Ramai yang memuji rasa anggur kami manis, segar dan wangi malah ada yang seronok sebab boleh petik sendiri dari pokok,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN