IPOH: Syarikat automotif China, BYD akan menjadi pelabur utama kawasan industri baharu KLK TechPark di Tanjung Malim yang bernilai pembangunan kasar RM3.5 bilion. KLK TechPark merupakan projek hartanah seluas 600 hektar terletak berdekatan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) iaitu kawasan perindustrian yang dipacu oleh syarikat automotif negara, Proton. Projek itu merangkumi 520 hektar tanah untuk pembangunan industri dan 80 hektar kawasan kediaman yang akan dibangunkan secara berfasa dari tahun 2025…