LONDON: Perkhidmatan risikan luar Britain, MI6, melancarkan sebuah portal baharu dikenali sebagai Silent Courier yang menggunakan laman sesawang gelap bagi menarik individu, khususnya rakyat Russia, untuk menyalurkan maklumat sulit kepada agensi berkenaan. Portal itu menggunakan pelayar internet Tor yang membolehkan capaian tanpa nama ke platform pesanan selamat MI6 dan panduan penggunaan Silent Courier disiarkan menerusi saluran YouTube baharu MI6 pada Jumaat. Setiausaha Luar, Yvette Cooper berkata, Britain kini memperkukuh usaha…