Banjir: Selangor teruskan selenggara 500km longkang tak bertuan

Banjir: Selangor teruskan selenggara 500km longkang tak bertuan

Longkang tak bertuan
IZHAM Hashim bergambar bersama pengurusan LUAS dan peserta Bengkel IRBM Lembangan Sungai Langat, Sungai Klang dan Sungai Selangor 2022 - 2030 LUAS, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penyelenggaraan lebih 500 kilometer (km) longkang tidak bertuan akan diteruskan pada masa depan bagi mengatasi masalah banjir di kawasan-kawasan kerap dilanda bencana itu di negeri ini.

Exco Infrastruktur dan Pertanian, Datuk Izham Hashim berkata, ia diteruskan selepas penyelenggaraan 600 km longkang tidak bertuan yang dilaksanakan sejak 2024 secara bersekali (one-off) dengan kos berjumlah RM5 juta selesai tahun ini.

“Kita sudah menyenggara longkang tidak bertuan tersebut yang bukan sahaja dipenuhi lalang malahan ada pokok di dalamnya. Tahun depan kita akan sediakan lagi (peruntukan).

“Kita juga sudah menyiapkan dasar, kalau longkang atau parit tidak bertuan menghala ke sungai ia akan disenggara oleh Jabatan Parit dan Saliran (JPS). Jika parit tidak bertuan menghala parit monsun, ia akan disenggara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Bengkel Semakan Semula Pelan Pengurusan Bersepadu (IRBM) Lembangan Sungai Langat, Sungai Klang dan Sungai Selangor 2022 – 2030 Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), hari ini.

Tambahnya, selain menyenggara longkang tidak bertuan pihaknya juga akan membuat inventori jalan, cerun, kolam takungan dan jambatan yang tidak bertuan.

“Kesemua perkara tersebut dibuat dengan prosedur mendapat kebenaran tuan tanah, tetapi tidak diperolehi (kebenaran pihak berkuasa) atas tanah tersebut.

“Bila datang anak cucu dia nanti, mereka tidak mengiktiraf perkara-perkara tersebut maka kebenaran atau Right Of Way perlu diperolehi (dari pihak berkuasa terlebih dahulu),” jelasnya.

Mengulas mengenai program tersebut beliau berkata, bengkel yang diadakan pihak LUAS itu adalah suatu keperluan untuk pihaknya melihat semula perancangan dan pelan tindakan yang telah ditetapkan (melibatkan pengurusan sumber air) agar sentiasa relevan dan praktikal untuk dilaksanakan mengikut senario semasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN