BALI: Banjir besar yang melanda pulau peranginan Bali sejak awal minggu ini meragut sekurang-kurangnya 16 nyawa, manakala dua lagi mangsa masih hilang. Kebanyakan mangsa dilaporkan dihanyut arus deras selepas beberapa sungai melimpah akibat hujan lebat berterusan pada Selasan dan Rabu lalu. Banjir turut menenggelamkan enam daripada lapan wilayah di Bali, termasuk ibu kota Denpasar, selain menutup laluan utama dan mengganggu akses ke lapangan terbang antarabangsa. Beberapa kawasan turut dilanda tanah…