TOKYO: Majlis bandar raya Toyoake di wilayah Aichi hari ini meluluskan satu ordinan yang mengesyorkan penduduk mengehadkan penggunaan telefon pintar, konsol permainan video serta peranti digital lain kepada maksimum dua jam sehari di luar waktu kerja dan sekolah. Peraturan itu bagaimanapun tidak menetapkan sebarang hukuman bagi mereka yang melanggarnya. Langkah berkenaan, yang dipercayai pertama seumpamanya di Jepun, dibuat susulan kebimbangan terhadap kesan buruk penggunaan teknologi secara berlebihan. Ordinan tersebut dijadualkan…