KUALA LUMPUR: ASEAN perlu mengambil pendirian tegas bagi menghentikan kekejaman, pengeboman dan diskriminasi terhadap rakyat Myanmar yang berlarutan sejak rampasan kuasa tentera pada Februari 2021. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, krisis tersebut bukan sekadar konflik politik dalaman, sebaliknya tragedi kemanusiaan yang meragut ribuan nyawa termasuk wanita dan kanak-kanak. Menurutnya, ASEAN tidak boleh berdiam diri ketika rakyat Myanmar hidup dalam ketakutan, manakala bantuan kemanusiaan pula dihalang daripada sampai kepada…
								
								
								
											








