SEREMBAN: Pengasas Kelab Teater ASAR Negeri Sembilan, Dr. Ahmadrashidi Hasan meraih Anugerah Tokoh Seni Negeri Sembilan pada Majlis Anugerah Seni Negeri Sembilan 2025 di sini kelmarin. Tokoh berusia 68 tahun itu dipilih menerima anugerah tertinggi itu atas dedikasi, kepakaran dan sumbangan beliau mengangkat martabat seni, teater serta budaya bangsa terutamanya di negeri ini. Ahmadrashidi memainkan peranan utama menjayakan Program Budaya@Komuniti Adat Waghih Luak Terachi 2025 di Kuala Pilah baru-baru ini. …










