LONDON: Seramai 34 pelajar dari Gaza yang mendapat tempat di universiti di Britain berjaya dipindahkan dan dijangka tiba di United Kingdom (UK) dalam beberapa hari lagi. Pemindahan kumpulan pelajar ini adalah kali pertama sejak konflik bermula, di mana pelajar dari Gaza dibantu untuk meninggalkan negara itu bagi tujuan pengajian. Menurut BBC, kumpulan itu termasuk sekurang-kurangnya empat doktor perubatan yang meninggalkan Gaza pada Rabu dengan sokongan penuh kerajaan UK, dan dijangka…