PETALING JAYA: Dianggarkan purata sebanyak 258 panggilan setiap hari berkaitan kes penipuan diterima Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC). Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, sebanyak 147,266 panggilan kes penipuan diterima NRSC dalam tempoh 19 bulan ini. Katanya, ia membabitkan sebanyak 67,581 panggilan sepanjang tahun lalu manakala 79,685 bermula Januari hingga Julai lalu. “Terdapat peningkatan sebanyak 12,104 panggilan penipuan diterima NSRC tahun ini iaitu…