TAMPIN: Seorang warga emas berasal dari Sweden kini tinggal sebatang kara di Kampung Sri Gemas di sini selepas kematian isterinya kira-kira lima tahun lalu. Tommy Abdullah, 72, yang bertaraf pemastautin tetap kini hanya ‘menumpang kasih’ penduduk setempat termasuk untuk urusan makan dan minum. Seorang pengusaha kedai makan berhampiran rumah sewa didiami lelaki itu, Julia Erlina Sukarsa, 55, berkata, dia telah mengenali Tommy sejak 25 tahun lalu. “Ketika itu dan isterinya…