SEPANG: Seorang wanita warganegara China dihukum penjara sebulan dan denda sebanyak RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Sepang selepas dia mengaku bersalah mencederakan pegawai kaunter Jabatan Imigresen Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) minggu lalu. Majistret Khairatul Animah Jelani menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Fang Fu Yuan, 31, membuat pengakuan berkenaan sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Mandarin. Mahkamah turut memerintahkan tertuduh yang juga ibu kepada dua anak itu…